Jojo Carlisle Ahlan Wa Sahlan

follow me

22 Nov 2016

*Petua Murah Rezeki*




1. Letakkanlah sedikit makanan kucing
dan semangkuk air di luar rumah utk kucing2 yg dating




2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu,
 untuk di sumbangkan kepada anak yatim & orang miskin













 ....................................
3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yg memerlukan.
....................................













4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................









5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................



















6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................





























7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid.
Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat
daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
 ..................................










8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang,
 khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan,
dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
.................................... 




 
9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yg kamu temui, berilah salam kepada orang yg duduk & bertuturlah dengan ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................







10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu
ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu,
menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................























































11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah @ Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................

 



Semoga kita dilimpahkan rezeki..Aamiin..

20 Nov 2016

"72 JAM YANG LUARBIASA:


 Berhamburan air mataku ini..
Bagaikan tangisan seorang bayi..
Pabila diri ditarbiyyah sang da'i..
Saat aku ditinggalkan sendiri......
<3 <3 <3

Mereka keluar mengorbankan diri..
Juga masa, harta, anak dan isteri..
Bukan untuk kemegahan diri..
Namun hanya mahu redha Illahi...
<3 <3 <3
Saat aku azam untuk pergi..
Mereka ceria penuh berseri..
Niatku pergi untuk melihat sendiri..
Siapakah sebenarnya mereka ini..?
<3 <3 <3
Saat masa berlalu pergi..
Aku tiba di pulau ini..
Ramai orang yang tidak ku kenali..
Ada sang bisu, gangster juga selebriti..
<3 <3 <3
3 hari aku di sini..
Kurasa bagai mencuci hati..
Hajatku ingin berkhidmat di sini..
Sebaliknya diriku pula disantuni...
<3 <3 <3
Mereka amal sunnah Sang Nabi..
Makan, tidur hingga ke kamar mandi..
Kemesraan mereka amat ku kagumi..
Inilah mahabbah yang diajar Sang Nabi...
<3 <3 <3
Tiada waktu yang dibiar pergi..
Melainkan penuh diisi rohani..
Bayan, karguzari, ghast, infiradi..
Banyak istilah yang aku pelajari...
<3 <3 <3
Tiada disentuh sensitiviti..
Tiada pula mencela dan mencaci..
Andai usaha mereka diuji..
Diajar untuk muhasabah diri...
<3 <3 <3
Wahai tuan yang mulia hati..
Sambutlah kehadiran mereka ini..
Usaha menyambung wasilah Nabi..
Untuk menyelamatkan umat akhir ini...
<3 <3 <3
Pintu dan lorong semua dilalui..
Membawa kalimah tauhid Sang Illahi..
Dihina, diusir sudah puas dirasai..
Namun tak setanding ujian Sang Nabi...
<3 <3 <3
Mereka meninggalkan anak dan isteri..
Ada juga umat yang datang mencaci..
Lupakah kalian pada sirah sang Nabi..
Kisah Ismail, Ibrahim dan juga isteri...
<3 <3 <3
Khuruj ini ada tertib sendiri..
Keperluan keluarga perlu dicukupi..
Bukan ditinggal mereka sendiri..
Melainkan dalam lindungan Illahi...
<3 <3 <3
Kalau tuan mahu tahu lagi..
Mari kita keluar 3 hari..
Kemanisan ini rasailah sendiri..
Pasti tuan mahu lagi dan lagi..
Bawa pulang untuk anak dan isteri..
Rumahtangga aman dirahmati Illahi...
<3 <3 <3
Insya'Allah, mari azam diri sendiri..
Tak lama pun cuma 3 hari..
Pasang niat pun Allah bagi pahala free..
Allah.. Allah.. Maha Pemurah Sang Illahi...~"
<3 <3 <3
 
Copyright © . All Right Reserved by Siti Shahifah